Masih belum terlambat rasanya untuk Pihak Pengurusan mengucapkan salam aidiladha kepada semua MT, AJK dan ahli-ahli yang lain. Untuk makluman, latihan pada sebelah malam makin giat dilakukan. Syabas kepada coach yang sangat bersungguh-sungguh dan tanpa rasa jemu melatih ahli kelab. TQ Coach!!

Bagaimana dengan yuran? Untuk sesiapa yang masih belum menjelaskan yuran ataupun terlupa nak bayar, kalian masih boleh berbuat demikian kepada AJK terlibat seperti yang telah diumumkan sebelum ini. Untuk pendaftaran online, masih ada lagi yang belum mendaftar. Come on.. Hidupkanlah Kelab kite. Kelab Kite Tanggungjawab Kite. Hehe..

Kepada pengkritik-pengkritik blog, pencadang, mana suara kalian? Pihak pengurusan dah lama tak baca komen kalian? Ayuh.. suarakan pendapat kalian. Takkanlah hanya disebabkan kena daftar, dah taknak bagi komen kot? Berani kerana benar, kan?

Selamat berblog!!!
Pihak pengurusan baru sahaja memuat naik gambar-gambar kenangan di Batu Pahat. Sila klik pada link 'Gambar Beraya di Batu Pahat'.
Kepada Majlis Tertinggi dan ahli-ahli kelab petanque YPJ. Setelah diperkenankan oleh Tuan President Kelab Petanque, pihak pengurusan blog kini berbesar hati mengumumkan kepada semua tentang pendaftaran ahli kelab yang boleh dilakukan secara atas talian (online). Oleh yang demikian, ahli-ahli kelab (lama dan baru) boleh klik pada link 'Pendaftaran Ahli Baru' yang telah disediakan. Selesai mengisi butiran maklumat, klik pada 'Submit Form'. Setiap ahli hanya perlu mendaftar sekali sahaja. Pihak pengurusan akan memaklumkan kepada ahli (melalui emel) sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran tersebut.

Terima kasih dan selamat mendaftar. :)


Diharap semua ahli kelab Petanque dapat menyerahkan borang keahlian sehingga awal November 2009... semua yuran bulanan boleh diserahkan kepada Encik Rohan atau Encik Hairudin / Encik Rosdi... Yuran sebanyak RM 10.00 sebulan....bermula November 2009.

Borang keahlian boleh didapati di Tingkat 4, Wisma YPJ Holdings...sila berhubung dengan Encik Rosdi ( PS)...
Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 28 September 2009 (mengikut post yang sebelum ini). Hasil mesyuarat dan kesepakatan yang telah dipersetujui bersama ahli-ahli mesyuarat:

1. 3 hb Oktober 2009, team petanque BP akan mengadakan kejohanan persahabatan dengan team petanque YPJ. Coach berharap agar semua ahli petanque (ahli-ahli bersekutu juga terlibat) akan mengadakan training dengan segala kesungguhan sempena bulan raya yang mulia ini bermula hari ini (29 September 2009, selepas waktu pejabat).

2. Sekiranya tiada halangan, pada 2 hb Oktober jam 8.00 malam, akan diadakan suatu perjumpaan glemer raya dengan ahli-ahli kelab (sekali lagi, ahli-ahli bersekutu juga terlibat), bagi meleraikan segala perselisihan faham dan beramah mesra serta memikirkan perancangan-perancangan menarik yang boleh diaplikasikan bagi memeriahkan kelab petanque YPJ. Kutipan duit akan dilakukan kerana akan diadakan sedikit jamuan sederhana.

3. Coach dan Mr President menyampaikan salam kemaafan sempena kedatangan hari raya ini kepada MT Kelab, ahli-ahli, ahli-ahli bersekutu dan pelayar blog petanque ini. Juga disampaikan salam raya dengan ucapan 'oit.. turun padanglah' kepada mereka yang dah lama tak mencemar duli ke padang petanque kite yang dah ada lampu.. :D

Slamat Hari Raya..

ps: mr president tak pulak cakap nk wat open house.. :D
Salam Lebaran.. :)
Dalam sibuk menyambut Aidilfitri, pihak pengurusan telah menerima satu SMS dari pihak berkenaan yang menyatakan mesyuarat kali pertama kelab petanque akan diadakan pada butiran dibawah:

Tarikh: 28 September 2009
Masa: Selepas office hour
Lokasi: Padang petanque yang dah ada lampu.. :D

Diharap, semua ahli (ahli-ahli bersekutu pun boleh) sudi-sudikan untuk menghadirkan diri bagi mencapai tujuan mesyuarat. Terima kasih.
Pihak pengurusan mengambil kesempataan ini ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada MT Kelab Petanque, ahli-ahli, ahli-ahli bersekutu dan juga pengunjung blog ini yang tidak jemu-jemu memberi komen yang membina demi masa depan bersama.

Pihak pengurusan juga ingin memohon kemaafan dari semua diatas segala kekurangan yang terdapat dalam blog ini. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga lebaran ini membawa seribu keinsafan untuk kite.

ps: president, jgn lupa wat open house.. leh meeting skali.. :D
Bersama-sama ini, pihak pengurusan sertakan amanat tuan president kite sepertimana yang telah beliau amanahkan kepada pihak pengurusan untuk dicanangkan ke seluruh alam. Begini amanat beliau:

assalamualaikum...

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pemilihan AJK 8/2009 Kelab Petanque( Metal-Blitz) Johor Bahru..terutama kepada Encik Ruhaizal ( Tuan Penasihat) Encik Hamzah (Tuan Jurulatih) Moderator Blog...Semua AJK dan Ahli Kelab...pengundi2, fan club 2,pemerhati2,artis2,players EPL..

Kelab ni ditubuhkan bagi pembentukan kumpulan yang mengamalkan cara hidup sihat...saya rasa kelab ni sangat relevan dengan ahli yang menyertainya.. kaki rentap.....cadangan saya adalah mengadakan perjumpaan dengan semua ahli bagi membincangkan beberapa perkara seperti aktiviti/ kalender tahunan, yuran, peralatan latihan, logo dll.. apa kata kita buat perjumpaan seminggu lepas raya ni..kalau bole ada makan2 sikit...( PA Sulit)....cam ne ok tak ahli yang lain...perjumpaan ni secara santai je...pas2 kita bincang apa idea yang nak dibentangkan....
(P1)izham
Pihak pengurusan baru saje memuat naik gambar-gambar Kejohanan Petanque Tertutup 1. Bole la tgk2 mana yang berkenan. Pihak pengurusan mengizinkan andai gambo-gambo tu nak di download. FOC!!

ps: emel kan la gmbar paspot.. pihak pengurusan masih menunggu dengan sabar.. =)
Pihak pengurusan dengan rasminya mengumumkan keputusan undian yang telah dilakukan sepanjang minggu lalu. Berikut adalah keputusan undian. Kepada yang terpilih, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan ikhlas.

President: En Ahmad Izham
Naib President: En Hairudin
Setiausaha: Pn Norizai
Bendahari: En Rohan
AJK Peralatan: En Shahril
AJK Pengangkutan: En Rosdi

Bule la war-warkan berita gumbira ini ke seluruh jagad raya. =)

ps: Pihak pengurusan sedang giat mencuba untuk memuat naik gambar AJK tertinggi kelab dan ahli-ahlinya. Sesiapa yang ada gmbr paspot, buleh la emailkan kepada: metalblitz09@gmail.com
Kerjasama anda amat dihargai.
Alamak.. Bergaya sungguh la encik yang sorang ni. Tengok style beliau cekak pinggang je memang dah tau beliau ni unggul dalam petanque. Shooter bole.. pointer pun bole. Meletup letup bola petanque jadinye kalau beliau jadi shooter. Bersanda sanda kat jack bola petanque tu kalau beliau jadi pointer. Pendek kata, memang serba boleh la..

Dengar-dengar beliau ni pun golfer yang hebat jugak. Wahh.. memang kagum la KPYPJ ada staf macam encik ni. Main golf bole, main petanque pun bole. Memang hebatlah.. Orang kata tu, kire kompom la calon g Sabah 2 tahun lagi.

Kalau kite tgk undian perlantikan AJK, nama encik ni tidak ketinggalan dicalon dan diundi. Memang adalah ciri-ciri pemimpin dalam diri beliau ni. Syabas encik Nizam..

Hidup Encik Nizam!!!
Pada 8 Ogos 2009, satu kejohanan Petanque Tertutup telah diadakan di padang petanque KPYPJ. Kejohanan disertai oleh tujuh orang pemain iaitu En Shaharudin (Jab Kesihatan), En Kusaini (Jab Kesihatan), En Ruhaizal (KPYPJ), En Ahmad Izham (KPYPJ), En Rosdi (KPYPJ), En Hairudin (KPYPJ) dan Tuan Hamzah (PDRM). Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM10.

Kejohanan dibuat dalam mode single dan dua peserta paling banyak memiliki mata dipilih untuk ke peringkat akhir. Dua peserta tersebut ialah En Shaharudin dan En Ruhaizal. Dengan perlawanan yang sengit lagi tengik, En Shaharudin berjaya menawan hadiah hamper pada hari itu dengan mata 13-9.

Tahniah kepada pemenang dan peserta. Gambar akan diuploadkan. Harap bersabar. :D

ps: kejohanan dikelolakan oleh Cikgu Din.. Tahniah cikgu Din.. Hebatnyeeeerr..
Pihak pengurusan dengan rasa bangganye memperkenalkan pautan untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan bersama. Lihat ruangan 'Pautan Metal Blitz' di bahagian kanan blog ini. Terima kasih.
Dengan penuh rasa hormat, pihak pengurusan telah sebulat suara untuk mengundi beberapa jawatan penting dalam kelab Metal Blitz. Jawatan akan diserahkan kepada calon yang memiliki undian paling banyak. Undian dibuka mulai sekarang dan berakhir pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 jam 4.30 petang.

Gunakan blog ini untuk mengundi. Senang saje, taipkan nama calon, jawatan yang sesuai dan kemudian post comment. :D Pihak pengurusan akan mengira undian siapa yang paling banyak untuk sesuatu jawatan itu.

Cth: Mr Ruhaizal - president.

Jawatan-jawatan yang dibuka:
1. President
2. Naib president
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. AJK Peralatan
6. AJK Pengangkutan

Organisasi diperlukan bg meng'hidup' kan kelab Metal Blitz yang semakin harum dari hari ke hari. Oleh itu, pilih lah dr hati yg tulus ikhlas. :D Selamat mengundi!!!
Atas persetujuan yang telah dibuat bersama-sama (ahlinye dirahsiakan), pihak pengurusan dengan rasa penuh tanggungjawab ingin membuat kutipan ikhlas yuran bulanan Metal Blitz sebanyak rm10 sebulan (nak bg lebih pun no hal).

Kutipan yuran dibuat adalah sebagai duit tabungan kelab disamping dibuat bayaran untuk bil elektri (memandangkan padang dah ada lampu), membeli air mineral untuk tujuan latihan dan kejohanan dan juga sebagai persediaan untuk bayaran penginapan atau pengangkutan untuk Kejohanan Petanque Terbuka Selangor yang akan diadakan pada 3 bulan selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri (bulan 12 lerr).

Sementara menunggu kehadiran bendahari sebenar Metal Blitz, ahli-ahli yang bersifat mulia itu boleh menyerahkan bayaran yuran kepada Mr. President ataupun setiausaha Metal Blitz.

Dalam masa yang sama kelab Metal Blitz sedang mencari dermawan-dermawan untuk tujuan penajaan. Tak kisah lah siapa kecuali US dan Yahudi. Sponsor tak semestinye dari wang ringgit, tapi boleh juga dlm bentuk barang seperti air mineral, pakaian, tempahan sulam logo pada T-shirt, bola petanque, tanah rezab utk dijadikan padang petanque, bilik khas untuk mesyuarat ahli jawatankuasa Metal Blitz (akan dilantik kemudian) ataupun seribu satu lagi barangan yang dirasakan perlu. Untuk makluman, awek-awek yang kaya harta dan kaya budi bahasa dialu-alukan untuk menjadi ahli Metal Blitz. :D Kalau kaya harta, Metal Blitz akan menjadi kelab petanque paling mewah di JB dan kalau kaya budi bahasa, maka akan terpengaruhlah mana2 ahli yang masih segan silu menunjukkan muka di padang untuk mencemar duli bermain di padang. :D

Okay, renung-renungkan dan selamat beramal...
Bagi mencipta imej korporat, Kelab Petanque YPJ telah mencipta satu logo kelab. Kepada ahli-ahli kelab dan bakal-bakal ahli, diharap dapat memberi sepatah dua komen yang membina bg baik pulih logo ini sebelum dirasmikan dengan potongan reben oleh Mr President kite. Ngeh ngeh.. Komen jangan x komen..



Dibawah kendalian coach yg berwibawa n sporting... CAYOK la coach

Di bulan Ramadhan yg mulia ini, elok kita bykkan beramal ibadat.
Namun kita boleh mengisi masa lapang dgn kerja-kerja yg berfaedah cthnya melakukan riadah agar badan kita sihat spaya amalan dpt dilakukan dgn sempurna.
Pihak pengurusan Metal Blitz telah berbesar hati melancarkan satu pautan ke video-video menarik Metal Blitz. Mudah saje, cuma klik pada 'Video-video Metal Blitz' di ruangan kanan blog ini. =) Bolehlah diperhatikan bakat-bakat terpendam dan terendam ahli-ahlinye. Walaubagaimanapun, janganlah ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengexploitasi video-video ini.

Enjoy!!

PS: Selamat Menyambut Ramadhan. Dengar citer, masih ada ahli yang bersemangat nak turun latihan Ramadhan ini. Hebat la..!!!
AWAS!!! Senjata utama YPJ Petanque Club.. awasi pergerakan mereka..

Ahli Metal Blitz rajin turun padang. Lokasi padang dekat ngan Head Quaters, kat depan Tadika Hikmah. Mereka turun berlatih tiap-tiap hari, tak kire panas atau hujan. Punye lah gigih mereka tu.

Kat padang, baru ada tiga gelanggang. Jasa baik coach letakkan tali untuk dijadikan gelanggang. Makin bersemangat ahli Metal Blitz menunjukkan blitznye.. Ngeh ngeh. Lebih bersemangat kalau Mr. President turun padang sekali.

Kepada sesiapa yang berminat (terutama yang bergelar ratu), jengok-jengok lah mereka berlatih setiap hari selepas waktu kerja. Mudah-mudahan Tuhan turunkan nur-Nya untuk kalian join kelab Metal Blitz. Kalau tak sempat weekdays, kalian datanglah time weekend. Mereka tetap gigih berlatih. Tunggu saje Metal Blitz m
enunjukkan blitz nye.. =D

Antara aksi menarik semasa latihan:


Dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan.

Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri . Menakjubkan. Kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam , Jepun dll.

Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz ( Naib Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak ( ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia ) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur , petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA.

ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanq antara koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi. Pemenang telah dibawa keluar negara untuk bertanding.

1.0 Peralatan Petanq
( a ) Bola - mesti menepati The Federation Internationali de Petanq et Jeu Provecal
( b ) Jek( Cochonnets) - bola bulat kecil dicat dan menentukan bola yang paling hampir
( c ) Pita Pengukur
2.0 Mata- Bola besi yang paling banyak berhampiran dengan jek dianggap pemenang

Marilah kita bermain dengan permainan kaum bangsawan ini.
( Catatan oleh HMRAR 2007 )
Metal Blitz ada AJK Tertingginye:

Memperkenalkan: Mr President - En Ruhaizal
















Setiausaha: En Din
















Dan jurulatih yang selalu letih tgk karenah kitorang.. En Hamzah atau Coach =D

Assalamualaikum pembuka bicara. Agak lama juga masa diambil untuk menyiapkan paparan antaramuka blog ini. Maklum, sibuk dengan kekangan lain. Tapi, takpelah. Akhirnya siap jugak.

Kelab Petanque YPJ telah diberi satu nama. METAL BLITZ. Metal tu sebab bola petanque kan daripada metal. Dan Blitz tu bermaksud serangan. Jadi, METAL BLITZ memang sesuai untuk nama kumpulan Kelab Petanque YPJ. Kepada pihak musuh, berhati-hati dengan serangan yang kami akan lancarkan. Muhahahahahha...

President Metal Blitz ialah Encik Ruhaizal Bin Abu Amin. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia petanque selama lebih kurang empat tahun. Setiausaha Metal Blitz adalah Encik Mohd Hairudin Bin Arifin. Beliau juga telah berkecimpung tidak kurang dari empat tahun dalam sukan petanque ini.

Metal Blitz mempunyai ahli yang ramai. Tetapi malangnya, ahli wanita cuma ada dua orang sahaja. Menjadi rebutan para jejaka Metal Blitz. Hehe.. Yang bujang, memanglah bujang. Tapi, yang dah berkahwin pun mengaku bujang semata-mata nak merebutkan ratu petanque. Keh keh..