Assalamualaikum pembuka bicara. Agak lama juga masa diambil untuk menyiapkan paparan antaramuka blog ini. Maklum, sibuk dengan kekangan lain. Tapi, takpelah. Akhirnya siap jugak.

Kelab Petanque YPJ telah diberi satu nama. METAL BLITZ. Metal tu sebab bola petanque kan daripada metal. Dan Blitz tu bermaksud serangan. Jadi, METAL BLITZ memang sesuai untuk nama kumpulan Kelab Petanque YPJ. Kepada pihak musuh, berhati-hati dengan serangan yang kami akan lancarkan. Muhahahahahha...

President Metal Blitz ialah Encik Ruhaizal Bin Abu Amin. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia petanque selama lebih kurang empat tahun. Setiausaha Metal Blitz adalah Encik Mohd Hairudin Bin Arifin. Beliau juga telah berkecimpung tidak kurang dari empat tahun dalam sukan petanque ini.

Metal Blitz mempunyai ahli yang ramai. Tetapi malangnya, ahli wanita cuma ada dua orang sahaja. Menjadi rebutan para jejaka Metal Blitz. Hehe.. Yang bujang, memanglah bujang. Tapi, yang dah berkahwin pun mengaku bujang semata-mata nak merebutkan ratu petanque. Keh keh..
16 Responses
  1. MetalBlitz Says:

    Sesapa yang sudi bg komen, sila la.. Sama-sama kite meriahkan satu-satunye blog petanque YPJ. :D


  2. MetalBlitz Says:

    Yang pasti, bukan sy ratu petanque itu..



  3. Anonymous Says:

    Penubuhan kelab ini secara unofficial untuk mengembangkan lagi permainan petanque...bukan sahaja untuk menghadapi PESAYA tapi untuk menyertai pertandingan di dalam atau luar negeri Johor...dan yang penting lagi ialah untuk mengisi masa lapang...


  4. Anonymous Says:

    turun dulu reds... baru hang tau. setakat hari2 lalu tepi padang x de makna bro


  5. Nanie Harris Says:

    Teruskan dgn minat masing-masing...


  6. Anonymous Says:

    lepaskan dulu pusingan pertama baru boleh cerita gempak, sungai sayong open pon kalah nak melaka open - assisten coach


  7. Unknown Says:

    Ni mana punya assistant coach yg berani buat kenyataan akhbar ni!!! Dia orang dah cukup bagus nak masuk open...at least ada semangat..


  8. MetalBlitz Says:

    Pihak pengurusan bebangga dengan pencapaian mereka sekarang. Kalah sekali tak bermakna kalah terus.


  9. Anonymous Says:

    sape pihak pengurusan? bila di lantik? bagaimana cara lantikannya? - assisten coach


  10. Anonymous Says:

    cik mirza membuat kenyataan yang selamat, welldone


  11. MetalBlitz Says:

    kehkeh.. pihak pengurusan blog la esisten koch.. koch koch ho ta hei..


  12. Anonymous Says:

    kepada pihak pengurusan aku tak puas hatilah, korang kalau nak menggelamour kan orang biarlah yang betul-betul, diruangan fasha sanda apasal pulak ada gambar hamba allah sorang ni, tak pasal-pasal nama dia naik, renung-renungkanlah wahai pihak pengurusan, kan lebih baik letak gambar yang membuat blogni, lolaki ko tino


  13. Anonymous Says:

    kepada pihak pengurusan, syabas diucapkan kerana pencapaian pemain2 anda yang kini semakin berani untuk menampilkan diri dlm menyertai sesuatu kejohanan, tiada kejayaan tanpa kegagalan tiada kesenangan tanpa kesusahan dan tiada kegembiraan tanpa kedukaan. kita berusaha untuk mencapai kejayaan dan jgn jadi mcm sesetengah kwn2 kita yang berusaha untuk menjatuhkan kwn2 kita yang hendak berjaya, selagi kita melayan manusia yg mcm nie, smpai kiamat pun kita x akan berjaya. kepada kwn2 yg berusaha untuk berjaya sentiasalah berfikiran positif walaupun dgn kutukan dan hinaan yg kamu terima-- shbt


  14. Anonymous Says:

    blog ini di bina adalah untuk memberi maklumat kepada pemain-pemain petanque yang berada di sekitar JB atau mereka yg turun ke JB, bahawa terdapat padang petanque di YPJ tampoi utama. Memang tidak memadai hanya terdapat tiga gelanggang sahaja kerana untuk padang petanque yang sesuai sepatutnya ada 20-30 gelanggang. Bagi mana-mana badan koprat yang melayari blog ini dapatlah kiranya memberi sedikit sumbangan agar gelanggang petanque yang sedia ada ini dapat di tambah jumlahnya. kepada rakan-rakan yang lain, rajin-rajinlah turun untuk memeriahkan dan memberi semangat antara satu sama lain agar kita sama-sama dapat menambah ilmu kemahiran dan memajukan permainan ini. Bagi mereka yg berada di luar mahupun di dalam gunakan blog ini untuk mendapatkan informasi atau memberi komen yang membina bukannya dijadikan medan untuk mengutuk antara satu sama lain. Harapan saya ialah agar suatu masa nanti di kawasan JB sukan ini akan menjadi terkenal dan dapat melahirkan pemain-pemain yang hebat di mana kita lihat sekarang ini di Johor sukan ini agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain terutamanya Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Melaka, Perlis, Kedah dan juga N.Sembilan.- coach


  15. sitifarhan Says:

    sy pnh main petanque..n sy mmg berminat nk main..tp sy xtau cne sy nk sign up n join kelab petanque..di n9 or shah alam ade x kelab petanque?


Post a Comment