sila bagi komen dalam forum http://metalblitz.webs.com

Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli2 kelab dan orang perseorangan yg membantu menjayakan kejohanan julung kali diadakan oleh PPJB. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Tahniah kepada Coach Hamzah & Ipin yg menjadi juara kejohanan. Pas ni boleh belanja anak2 buah.. :)
Ramai yang bertanya tentang gambar-gambar sepanjang kejohanan. Nak jugak tengok sape juara, ye tak? Hehe.. juara kite, tak asing lagi.. Coach Hamzah and Coach Ipin. Pihak pengurusan akan sedaya upaya cuba mendapatkan gambar-gambar sepanjang kejohanan. Dah ada nanti, pihak pengurusan akan upload k...
Assalamualaikum..

Pada 6 dan 7 Mac 2010 yang lalu, PPJB telah berjaya menganjurkan Kejohanan Petanque Tertutup Johor untuk kali pertama dengan jayanya. Sebanyak 61 pasukan telah mendaftar dan bermain di bawah terik mentari dengan bersungguh-sungguh.

Banyak pasukan yang otai-otai masuk bertanding dimana kalau nak shooting tu, sebelah mata pun boleh kena punya.. Tak kurang juga penyertaan dari muka-muka baru. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting semangat kesukanan dan ingin mencari pengalaman. Tahniah untuk peserta dan juga AJK yang bertungkus lumus hingga rentong kulit muka.. Haha..

Pihak pengurusan blog juga tidak ketinggalan cuba menyibukkan diri, merentongkan muka. Huhu..

ps: sape ada UV protection cream power punye???
Salam.

Kejohanan Petanque Tertutup Johor dan pemilihan pemain-pemain MAKSAK akan diadakan pada 6hb-7hb Mac 2010 bertempat di gelanggang petanque Larkin belakang stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunus Larkin, Johor Bahru.

JOHAN akan menerima wang tunai sebanyak RM500 beserta medal. Yuran penyertaan sebanyak RM30 untuk setiap pasukan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha PPJB di talian 013-7714081 (En Ruhaizal).

Terima kasih.
Pada hari Ahad 24 Jan 2010.jam 8.30 pagi telah diadakan satu pertandingan petanque antara ahli-ahli kelab Petanque YPJ bertempat di padang Petanque YPJ, Tampoi Utama, JB. Hanya 4 orang pemain yang terlibat. Format permainan diadakan secara perseorangan (single). Sebenarnya ini tidak dirancang tetapi Tim. Presiden Kelab Petanque YPJ tiba-tiba telah mencadangkan idea ini supaya dapat mengisi duit tabung kelab.

Walaupun cuaca agak panas pagi itu tapi tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk meneruskan permainan. En. Salihin dari Bandar Putra, Kulai telah berjaya mengalahkan pemain tunggal wanita iaitu Ratu Petanque (Cik Eta) dengan kiraan mata yang tipis 13-12.

Diharap pertandingan seumpama ini dapat dilakukan seminggu atau sebulan sekali untuk mengeratkan silatulrahim sesama pemain dan dapat mengisi tabung kelab.
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada En. Shaiful Huzaini B. Damanhuri, En. Mohd Hairudin Bin Arifin, En. Ruhaizal Bin Hj. Abu Amin dan En. Rosdi Bin Mansor kerana telah memberi kerjasama untuk mendaftar sebagai ahli. Bagaimana dengan yang lain? Bila lagi nak daftar? Pendaftaran wajib dilakukan oleh ahli Kelab Petanque YPJ agar memudahkan pihak pengurusan melakukan sebarang update dari masa ke masa.

Untuk pengetahuan, pihak pengurusan telah menghubungi adik AMIR AKMAL BIN AHMAD RAZALI dari Rawang yang telah mendaftar di e-form yang disediakan. Beliau berminat untuk menjadi ahli. Pihak pengurusan menyerahkan pertimbangan kepada tuan president.

Pihak pengurusan masih lagi menunggu ahli-ahli kelab untuk mendaftar sekali gus membayar yuran kelab untuk manfaat bersama. Terima kasih.