Pada hari Ahad 24 Jan 2010.jam 8.30 pagi telah diadakan satu pertandingan petanque antara ahli-ahli kelab Petanque YPJ bertempat di padang Petanque YPJ, Tampoi Utama, JB. Hanya 4 orang pemain yang terlibat. Format permainan diadakan secara perseorangan (single). Sebenarnya ini tidak dirancang tetapi Tim. Presiden Kelab Petanque YPJ tiba-tiba telah mencadangkan idea ini supaya dapat mengisi duit tabung kelab.

Walaupun cuaca agak panas pagi itu tapi tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk meneruskan permainan. En. Salihin dari Bandar Putra, Kulai telah berjaya mengalahkan pemain tunggal wanita iaitu Ratu Petanque (Cik Eta) dengan kiraan mata yang tipis 13-12.

Diharap pertandingan seumpama ini dapat dilakukan seminggu atau sebulan sekali untuk mengeratkan silatulrahim sesama pemain dan dapat mengisi tabung kelab.
1 Response
  1. coach Says:

    kepada bloger, kalu bole tlg war2kan dlm laman web ini berkaitan kejohanan tertutup johor dan pemilihan pemain2 MAKSAK yg akan diadakan pd 6/7 mac bertempat di gelanggang petanque larkin belakang stadium tan sri datuk hassan yunus larkin. johan rm500 dan medal yuran penyertaan rm30 hingget aje.


Post a Comment