Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 28 September 2009 (mengikut post yang sebelum ini). Hasil mesyuarat dan kesepakatan yang telah dipersetujui bersama ahli-ahli mesyuarat:

1. 3 hb Oktober 2009, team petanque BP akan mengadakan kejohanan persahabatan dengan team petanque YPJ. Coach berharap agar semua ahli petanque (ahli-ahli bersekutu juga terlibat) akan mengadakan training dengan segala kesungguhan sempena bulan raya yang mulia ini bermula hari ini (29 September 2009, selepas waktu pejabat).

2. Sekiranya tiada halangan, pada 2 hb Oktober jam 8.00 malam, akan diadakan suatu perjumpaan glemer raya dengan ahli-ahli kelab (sekali lagi, ahli-ahli bersekutu juga terlibat), bagi meleraikan segala perselisihan faham dan beramah mesra serta memikirkan perancangan-perancangan menarik yang boleh diaplikasikan bagi memeriahkan kelab petanque YPJ. Kutipan duit akan dilakukan kerana akan diadakan sedikit jamuan sederhana.

3. Coach dan Mr President menyampaikan salam kemaafan sempena kedatangan hari raya ini kepada MT Kelab, ahli-ahli, ahli-ahli bersekutu dan pelayar blog petanque ini. Juga disampaikan salam raya dengan ucapan 'oit.. turun padanglah' kepada mereka yang dah lama tak mencemar duli ke padang petanque kite yang dah ada lampu.. :D

Slamat Hari Raya..

ps: mr president tak pulak cakap nk wat open house.. :D
Salam Lebaran.. :)
Dalam sibuk menyambut Aidilfitri, pihak pengurusan telah menerima satu SMS dari pihak berkenaan yang menyatakan mesyuarat kali pertama kelab petanque akan diadakan pada butiran dibawah:

Tarikh: 28 September 2009
Masa: Selepas office hour
Lokasi: Padang petanque yang dah ada lampu.. :D

Diharap, semua ahli (ahli-ahli bersekutu pun boleh) sudi-sudikan untuk menghadirkan diri bagi mencapai tujuan mesyuarat. Terima kasih.
Pihak pengurusan mengambil kesempataan ini ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada MT Kelab Petanque, ahli-ahli, ahli-ahli bersekutu dan juga pengunjung blog ini yang tidak jemu-jemu memberi komen yang membina demi masa depan bersama.

Pihak pengurusan juga ingin memohon kemaafan dari semua diatas segala kekurangan yang terdapat dalam blog ini. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga lebaran ini membawa seribu keinsafan untuk kite.

ps: president, jgn lupa wat open house.. leh meeting skali.. :D
Bersama-sama ini, pihak pengurusan sertakan amanat tuan president kite sepertimana yang telah beliau amanahkan kepada pihak pengurusan untuk dicanangkan ke seluruh alam. Begini amanat beliau:

assalamualaikum...

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pemilihan AJK 8/2009 Kelab Petanque( Metal-Blitz) Johor Bahru..terutama kepada Encik Ruhaizal ( Tuan Penasihat) Encik Hamzah (Tuan Jurulatih) Moderator Blog...Semua AJK dan Ahli Kelab...pengundi2, fan club 2,pemerhati2,artis2,players EPL..

Kelab ni ditubuhkan bagi pembentukan kumpulan yang mengamalkan cara hidup sihat...saya rasa kelab ni sangat relevan dengan ahli yang menyertainya.. kaki rentap.....cadangan saya adalah mengadakan perjumpaan dengan semua ahli bagi membincangkan beberapa perkara seperti aktiviti/ kalender tahunan, yuran, peralatan latihan, logo dll.. apa kata kita buat perjumpaan seminggu lepas raya ni..kalau bole ada makan2 sikit...( PA Sulit)....cam ne ok tak ahli yang lain...perjumpaan ni secara santai je...pas2 kita bincang apa idea yang nak dibentangkan....
(P1)izham
Pihak pengurusan baru saje memuat naik gambar-gambar Kejohanan Petanque Tertutup 1. Bole la tgk2 mana yang berkenan. Pihak pengurusan mengizinkan andai gambo-gambo tu nak di download. FOC!!

ps: emel kan la gmbar paspot.. pihak pengurusan masih menunggu dengan sabar.. =)
Pihak pengurusan dengan rasminya mengumumkan keputusan undian yang telah dilakukan sepanjang minggu lalu. Berikut adalah keputusan undian. Kepada yang terpilih, tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan ikhlas.

President: En Ahmad Izham
Naib President: En Hairudin
Setiausaha: Pn Norizai
Bendahari: En Rohan
AJK Peralatan: En Shahril
AJK Pengangkutan: En Rosdi

Bule la war-warkan berita gumbira ini ke seluruh jagad raya. =)

ps: Pihak pengurusan sedang giat mencuba untuk memuat naik gambar AJK tertinggi kelab dan ahli-ahlinya. Sesiapa yang ada gmbr paspot, buleh la emailkan kepada: metalblitz09@gmail.com
Kerjasama anda amat dihargai.