Kepada Majlis Tertinggi dan ahli-ahli kelab petanque YPJ. Setelah diperkenankan oleh Tuan President Kelab Petanque, pihak pengurusan blog kini berbesar hati mengumumkan kepada semua tentang pendaftaran ahli kelab yang boleh dilakukan secara atas talian (online). Oleh yang demikian, ahli-ahli kelab (lama dan baru) boleh klik pada link 'Pendaftaran Ahli Baru' yang telah disediakan. Selesai mengisi butiran maklumat, klik pada 'Submit Form'. Setiap ahli hanya perlu mendaftar sekali sahaja. Pihak pengurusan akan memaklumkan kepada ahli (melalui emel) sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran tersebut.

Terima kasih dan selamat mendaftar. :)


Diharap semua ahli kelab Petanque dapat menyerahkan borang keahlian sehingga awal November 2009... semua yuran bulanan boleh diserahkan kepada Encik Rohan atau Encik Hairudin / Encik Rosdi... Yuran sebanyak RM 10.00 sebulan....bermula November 2009.

Borang keahlian boleh didapati di Tingkat 4, Wisma YPJ Holdings...sila berhubung dengan Encik Rosdi ( PS)...