Salam.
Kejohanan Petanque Tertutup Johor dan pemilihan pemain-pemain MAKSAK akan diadakan pada 6hb-7hb Mac 2010 bertempat di gelanggang petanque Larkin belakang stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunus Larkin, Johor Bahru.
JOHAN akan menerima wang tunai sebanyak RM500 beserta medal. Yuran penyertaan sebanyak RM30 untuk setiap pasukan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha PPJB di talian 013-7714081 (En Ruhaizal).
Terima kasih.
Pada hari Ahad 24 Jan 2010.jam 8.30 pagi telah diadakan satu pertandingan petanque antara ahli-ahli kelab Petanque YPJ bertempat di padang Petanque YPJ, Tampoi Utama, JB. Hanya 4 orang pemain yang terlibat. Format permainan diadakan secara perseorangan (single). Sebenarnya ini tidak dirancang tetapi Tim. Presiden Kelab Petanque YPJ tiba-tiba telah mencadangkan idea ini supaya dapat mengisi duit tabung kelab.
Walaupun cuaca agak panas pagi itu tapi tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk meneruskan permainan. En. Salihin dari Bandar Putra, Kulai telah berjaya mengalahkan pemain tunggal wanita iaitu Ratu Petanque (Cik Eta) dengan kiraan mata yang tipis 13-12.
Diharap pertandingan seumpama ini dapat dilakukan seminggu atau sebulan sekali untuk mengeratkan silatulrahim sesama pemain dan dapat mengisi tabung kelab.
Salam pada semua ahli kelab petanque di sekitar johor bahru. Pihak pengurusan telah mencipta logo baru PPJB. (Persatuan Petanque Johor Bahru). Harap dapat komen n bagi pendapat anda demi memajukan sukan petanque di johor ini. TQ
Salam
Pihak pengurusan dapati masih ada ahli kelab belum mengisi form register online di blog. Harap Mr. President tengok2 kan anak buah nya. Sori ye bos..teguran ikhlas demi kelab. Yuran bulanan sebanyak RM10 akan dikutip bermula Januari 2010. So mana2 ahli yang telah membayar pada bulan Disember akan dipindahkan ke bulan Januari 2010. Pembayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari Kelab iaitu Mr. Rohan. Harap Maklum... adiem
Salam 1 Malaysia
Pada 1hb Jan. 2010 Persatuan Petanque Johor Bahru (PPJB) telah mengadakan satu perjumpaan antara pemain-pemain Petanque sekitar Johor Bahru bertempat di Wisma YPJ. Antara agenda yang dibincangkan adalah perlantikan AJK tertinggi PPJB, cadangan menganjurkan kejohanan Petanque Tertutup Johor pada Mac 2010 serta kejohanan Petanque Terbuka Johor pada April 2010.
Perjumpaan dihadiri oleh pemain dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Permai (HP), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI), Majlis Sukan Negara (MSN), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) selaku tuan rumah. Pihak pengurusan mendapati mereka sangat bersemangat dan teruja sempena kedatangan Tahun Baru.
Satu kata sepakat telah dicapai iaitu melantik barisan AJK tertinggi yang terdiri daripada:
Presiden - En Mohd Fuad Aris (IPTI)
Tim. Presiden - En Hamzah Adam (PDRM)
Naib Presiden - En Saiful Huzaini Damanhuri (KPYPJ)
Naib Presiden - En Ismail (MSN)
Naib Presiden - Pn. Azie (HSA)
Setiausaha - En Ruhaizal Hj. Abu Amin (KPYPJ)
Pen. Setiausaha - En Rosdi Mansor (KPYPJ)
Bendahari - Rohan Ibrahim (YPJ)
Juruaudit - Pn. Hamisah (HP)
AJK - En. Ahmad Izham (KPYPJ)
AJK - En. Hairuddin Ariffin (KPYPJ)
AJK - En. Lasimin (PDRM)
AJK - En. Shahrudin (HP)
AJK - En. Kusaini Yatim (HSA)
AJK - En. Nasir (HSA)
Pihak pengurusan ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010
kepada semua ahli-ahli kelab dan peminat Petanque Malaysia.
Semoga objektif dan matlamat penubuhan blog petanque ini tercapai.
Rajin2 lah bagi komen.