Masih belum terlambat rasanya untuk Pihak Pengurusan mengucapkan salam aidiladha kepada semua MT, AJK dan ahli-ahli yang lain. Untuk makluman, latihan pada sebelah malam makin giat dilakukan. Syabas kepada coach yang sangat bersungguh-sungguh dan tanpa rasa jemu melatih ahli kelab. TQ Coach!!

Bagaimana dengan yuran? Untuk sesiapa yang masih belum menjelaskan yuran ataupun terlupa nak bayar, kalian masih boleh berbuat demikian kepada AJK terlibat seperti yang telah diumumkan sebelum ini. Untuk pendaftaran online, masih ada lagi yang belum mendaftar. Come on.. Hidupkanlah Kelab kite. Kelab Kite Tanggungjawab Kite. Hehe..

Kepada pengkritik-pengkritik blog, pencadang, mana suara kalian? Pihak pengurusan dah lama tak baca komen kalian? Ayuh.. suarakan pendapat kalian. Takkanlah hanya disebabkan kena daftar, dah taknak bagi komen kot? Berani kerana benar, kan?

Selamat berblog!!!
Pihak pengurusan baru sahaja memuat naik gambar-gambar kenangan di Batu Pahat. Sila klik pada link 'Gambar Beraya di Batu Pahat'.